lagu....

Saturday, September 29, 2012

cerita kopiko

SALAM..

hari ini tanggal 28 hari bulan 9 tahun 2012, banyak dugaan yang berlaku...

"fendi, balik ni ko bersenam tak??" hazwan bertanya.Fikiran aku mula memikirkan pekara-pekara yang sudah 2 minggu aku fikirkan.
Kenduri rumah Along(abon) pekara pertama yang aku fikirkan.

"kau apa hal mok cheng! dari atas lagi ko tak puas hati dengan aku. kalau kau nak setal cakap mok", wan(nazuan) mengertak si gemok satu dorm dengan aku. Aku tak nak pekara ini berlarutan lal menarik wan supaya tidak mencari masalah. Dah nak SPM ni tak kan nak gaduh kot.

"jap jap. karang ak pergi rumah kau" tak sempat aku nak berbicara,along terlebih dulu mematikan panggilan telefon bimbit nokia n97 nya. Baru nak luah kan hajat nak pergi hantar kad jemputan kahwin kakak aku dekat cikgu Zamri.

"yang tu je lah boleh keluar"aku berkata sambil menunjuk ke arah motosikal season ayah aku. Tanpa berfikir panjang aku menolak motor tersebut ke halaman depan rumah aku.Wak menolak motor walaupun ruang sempit kerana kereta kepunyaan kak long sudah pun diparking di hadapan.Wak menghidupkan enjin motor dan terhasillah bunyi yang boleh membuat satu taman menutup telinga.

Motor ayah aku di weelie dan di spin dihadapan mataku.Aneh nya ak tidak berasa hangat ata marah malah berasa kagm kerana motor yang boleh dianggap buruk itu boleh mempamerkan aksi yang begitu lincah dan ganas.

"nak pergi mana ni?" bebudak lain bertanya dan Along mencadangkan supaya kami pergi ke kedai kepunyaan mak ciknya di gunung mas selepas selamat menghantar kad ke rumah cikgu. Wak  masih membawa motor kepunyaan ayahku dengan berbahaya.

Lampu hijau masih menyala dan Wak memecut sambil berlumba dengan Muaz.Aku pun mula berasa gembira.Tetapi kegembiraan it tidak kekal lama.Motor ayahku melepasi tahap kemampuannya dan enjin mati lalu mencengam menyebabkan brek secara mengejut.Kesan tayar hampir tiga puluh lima meter.Tayar belakang gelong dan aku dan Wak berhenti betul-betul di hadapan hospital.
Nasib baik tiada kereta di belakang.Kalau tidak,tak tahu la nasib diriku ini.

Apabila aku memberitahu ayah,ayah kelihatan kecewa.Aku berazam agar tidak mengulangi kesalahan ini. Esok aku bertekad menolak motor hingga ke kedai motor.


Nota kaki:x anmpak pon dia on9. blog pon x dpt dikesan.