lagu....

Tuesday, December 27, 2011

sudah lama tidak bersua....

Sehari,
hatiku berlagak sepaerti biasa,
dengan harapan akan ketemu esoknya,
harapan yang menebal melonjakkan semangat aku,
untuk bertemu pada keesokan harinya,

Dua hari,
hatiku rasa risau,
kenapa dia tidak kelihatan,
kenapa kelibatnya menyorok dari mata ku,
mungkin bukan nasibku untuk ketemu dengannya,

Seminggu,
hatiku yang risau bertukar runsing,
hati ku tak keruan memikirkan dirinya,
manakah dia??
soalan yang berlegar-legar dengan sukanya,
membuatkan mindaku berat mencecah ke bumi,

Sebulan,
rasa runsing menjadi gelisah,
apa yang berlaku padanya?
lalu ku membuat keputusan,
pergi darinya,
adakah itu yang terbaik,

Enam bulan,
hati yang gelisah kini beransur baik,
tidak lagi memikirkan dirinya,
mungkin kerana jarak sebatu memisahkan kita,
tetapi wujud satu perasaan yang menyerang hati,

Sepuluh bulan,
hati berasa sengsara,
dengan serangan perasaan aneh,
kini menyerang dengan lebih ganas lagi,
perasaan yang tidak diketahui,
lebih teruk lagi perasaan itu mempermainkan emosi,

SETAHUN,
hati yang sengsara bertukar derita,
tetapi perasaan itu semakin dikenali,
RINDU itulah namanya,
rasa ingin semua kembali semula,
walaupun jarak antara kita amat jauh,
tetapi itu sudah memadai,
semua sudah terlambat,
keputusan yang dulu diambil tidak boleh dihilangkan,
hanya pasrah dengan ketentuan alam,








p/s: perghh!!! awie dalam sembilu jiwang siot aku......
hahahahahahaaaa............. 

No comments:

Post a Comment